Thursday, October 22, 2009

How to use the Surah Al-Fatihah

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:
Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:
Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it. Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:
Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door
Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.


All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
i) Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
ii) Read it with full "khusyuk" Tawakal to Allah

iii) Use it with GOOD "niat" /intentions.

Petua untuk dimurahkan rezeki dan dijauhkan kesulitan



Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya .
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Tips untuk memperbaiki solat kita

Ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah Din
Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat:

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.
2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu".

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut ".... illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:
1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.


;)

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman





01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang
;09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukansesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuaidengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kitasebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

Mengenal Tahap Keimanan


Sejauhmana kita serius untuk menghampirkan diri kepada Allah, bergantung sejauhmana kita mengenali diri kita. Orang yang mengenal diri akan sedar bahwa diri mereka adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang dijadikan Allah untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah Allah untuk melaksanakan segala hukum-hakam Allah di dunia. Hukum Allah hanya ada lima iaitu wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Oleh itu dengan mengenal diri,seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Ada banyak cara dan kaedah untuk mengenal diri. Dan yang pernah diajarkan oleh arwah datuk saya ialah dengan mengenal di tahap mana iman kita berada. Di tahap mana nafsu kita berada. Dan kekuatan apakah yang kita miliki.


Allah menjadikan manusia dari setitis air mani yang hina. Setelah dikandung sembilan bulan di dalam rahim ibunya, maka lahirlah jasad manusia ke muka bumi. Walau asalnya dari setitis air mani yang hina, maka jadilah ianya pelbagai bentuk dan wajah manusia yang hidup di mukabumi. Dari setitis air mani yang hina inilah lahirnya para doktor yang berusaha mengubati penyakit. Lahirlah para arkitek yang mampu mereka bangunan yang mencakar langiut. Lahirlah guru-guru yang mendidik. Tidak lupa juga kita ingin sebut, lahir juga manusia-manusia yang tidak senang dengan kebenaran sebaliknya lebih berselera dengan kemungkaran dan maksiat.
Walaupun pelbagai wajah manusia yang lahir didunia,hina atau mulianya manusia disisi Allah adalah bergantung kepada tahap keimanannya kepada Allah. Andainya iman yang dimiliki oleh seseorang itu mantap, disitulah kasih sayang dan rahmat Allah ke atasnya walaupun dia hanya seorang penoreh getah. Andainya keimanan yang dimilikinya rapuh, disitulah letaknya kemurkaan Allah walaupun dia menguasai empayar perniagaan berbillion dollar.


Apakah takrifan iman ? Iman adalah yang dibenarkan(diyakinkan) di hati, diikrarkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan. Ertinya. Apabila seseorang telah beriman, dia hendaklah percaya dan yakin dalam hatinya, mengaku dengan lidahnya dan terus beramal dengan apa yang telah diyakini. Inilah iman. Timbul pula persoalan. Ada hadis yang menyebut "mukmin yang hasad dengki". Adakah mukmin yang hasad dengki ?
Oleh itu saudara dan saudari, antara cara mengenal diri ialah hendaklah kita kenal tahap keimanan kita berada di mana ? Rendahkah , pertengahankah atau tinggikah ? Tahap keimanan antara seseorang tidak sama. Ulamak ada menggariskan tahap keimanan ini kepada beberapa peringkat. Dalam tazkirah ini, saya hanya ingin memperkatahkan 3 tahap dalam keimanan.


Tahap pertama ialah Iman Taqlid. Apakah iman taqlid ? Iman taqlid ialah iman ikut-ikutan. Atau lebih kita kenali sebagai "Islam baka". Mereka tahu adanya rukun iman, tetapi hanya sekadar tahu tetapi tidak meyakini. Orang ditahap iman taqlid ini, Islamnya tidak kukuh. Tidak ada prinsip. Dia tidak ada sandaran atau alasan atau dalil yang kuat, mengapa dia wajib beriman.
Kalau dia ditanya : " Adakah engkau beriman ?"
Jawapan yang akan diberikan ialah : "Ya saya beriman."
Kalau ditanya pula : "Apakah bukti Allah itu wujud ?"
Jawapan yang akn diberikannya ialah : "Semua orang kata Allah itu wujud, maka wujudlah Allah"
Sandaran keyakinannya adalah pada kata-kata orang, bukan pada dalil akal dan dalil Al Quran. Dia beriman dan berkeyakinan tanpa ilmu. Keimanan tidak teguh dan rapuh. Mudah goyah dan mudah dipesongkan oleh anasir-anasir yang memperjuangkan kesesatan dan kemungkaran.
Orang yang beriman taqlid ini, bukan saja keyakinan kepada rukun iman tidak mempunyai sandaran yang jelas oleh ilmu tauhid. Disebabkan kecacatan dalam berkeyakinan ini, maka dirnya juga tidak berprinsip. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan sering bercanggah antara sattu sama lain. Dia tidak mampu membuat pertimbangan antara yang hak dan yang bathil. Dia tidak tahu menggunakan ilmu syariat untuk menghisab diri sendiri dan peri laku masyarakat. Maka amat mudahlah orang yang beriman taqlid ini bukan setakat menyesatkan diri emreka sendiri, malahan juga menyesathkan orang yang mengikutinya. Maka persoalan "mukmin yang hasad dengki" sudah pun terjawab. Mukmin yang hasad dengki ialah orang yang berada pada tahap iman taqlid. Mereka hanya tahu Allah itu tuhan, mereka hanya tahu syurga dan neraka itu ada. Tetapi tidak yakin. Sebab itu mereka boleh anggap, dosa kecil laksana seekor lalat yang hinggap di batang hidung mereka. Inilah antara tanda orang di tahap iman taqlid. Tak rasa berdosa dengan dosa yang telah dilakukan.
Mengikut qaul yang paling jelas oleh ulamak-ulamak yang mebahaskan ilmu tauhid, aqideah orang yang berada di tahap iman taqlid adalah tidak sah. Segala amal ibadahnya tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah. Untuk memperbaiki mutu dan tahap keimanan di peringkat taqlid, seseorang itu wajiblah menuntut ilmu Fardhu Ain. Hal ehwal keimanan dibahaskan dalam juzuk ilmu tauhid. Maka wajiblah dia mempelajarai, memahami, meyakini dan mengamalkan ilmu tersebut bagi dia memperbaiki mutu dan tahap keimanannya kepada Allah. Andainya dia mati dalam keadaan tidak bertaubat dan tidak berusaha untuk menuntut ilmu, maka ulamak sepakat mengatakan bahwa matinya saling tak ubah bagai matinya seorang yang bukan Islam.
Namun, kepada seseorang yang terlalu bodoh dan jahil. Walau dia telah berusaha untuk menuntut ilmu berhubungkait dengan keimanan, tetapi masih juga tahk boleh nak faham dan yakin, ulamak bersepakat mengatakan sah imannya ettapi dengan syarat, keyakinannya mestilah jazam (putus atau mutlak).
Tahap iman kedua ialah Iman Ilmu. Orang yang beriman taqlid, setelah dia menuntut ilmu fardhu ain. Setelah dia faham dan yakin akan ilmu yang telah dipelajarinya, maka meningkatlah amalannya. Diri sudah sedar bahwa setiap perlakuan didunia akan mendapat pembalasan dari Allah di akhirat. Kalau baik amalannya di dunia, maka syurgalah yang bakal dibalas. Jika buruk amalan di dunia maka nerakalah tempat perhentian.
Orang ditahap iman ilmu, mereka telah mempelajari akan kesemua rukun iman yang enam iaitu :
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada malaikat
3. Percaya kepada kitab-kitab
4. Percaya kepada Nabi-nabi
5. Percaya kepada Hari Qiamat
6. Percaya kepada Qadha & Qadar Allah.
Beserta dengan dalil-dalil aqli dan naqlinya walaupun secara ijmal (ringkas).
Paling minima, seseorang yang berada di tahap ini mampu mendatangkan dalil aqli dan naqli ke atas :
1. 20 sifat yang wajib bagi Allah
2. 20 sifat yang mustahil bagi Allah
3. Satu fifat yang harus bagi Allah
4. 4 sifat yang wajib bagi Rasul
5. 4 sifat yang mustahil bagi Rasul
6. Satu sifat yang harus bagi Rasul.
Kesemua sifat-sifat yang berjumlah 50 ini, hendaklah difahami dan diyakini sungguh-sungguh. Jika sudah difahami dan diyakini, barulah orang yang beriman taqlid di naikkan tahap mutu keimanannya ke tahap iman ilmu.
Antara sifat orang yang memiliki tahap iman ilmu. Imannya dan keyakinannya berasas dan ada sandaran ilmu. Iktiqadnya disertai dengan dalil yang kuat. keyakinannya tidak mudah goyah. Mereka tahu yang mana satu kesesatan dan yang mana satu kebenaran. TETAPI, mereka tidak kuat hendak melawan perkara-perkara yang menghalang dari beribadah. Ada empat perkara yang menghalang seseorang untuk beribadah iaitu dunia, manusia (fasik, munafik dan kafir harbi), syaitan dan hawa nafsu. Maka mereka akan terus terjebak dalam lembah kemungkaran walau pun sedar perkara yang dilakukan akan mendatangkan dosa. Mereka hanya mampu memperkatakan tentang Islam, tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya. Kesimpulannya iman di tahap iman ilmu, belum lagi menjamin seseorang untuk selamat dari kemurkaan Allah SWT. Maka orang ditahap iman ilmu ini, perlulah berusaha lebih gigih agar tingkatan imannya meningkat.
Tahap iman yang ketiga ialah Iman "Ayyan.Orang yang berada di tahap iman Ilmu, andainya dia berusaha memperbaiki dirinya. Maka tahapnya akan meningkat ke tahap iman ayyan. Antara ciri orang yang memiliki tahap iman ayyan ialah :
1. Keyakinannya bertempat di hati dan bukan diakal. Dia yakin dan terasa akan adanya malaikat yang melaporkan dan menulis setiap tingkah laku dan perkataannya. Dia sedar dan terasa, seandainya dia melakukan dosa, dia terasa bagai telah melakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan "Kekasih"nya yang tercinta. Hati dia terhiris pilu. Sentiasa wujud hubungan hati antara dia dan Allah. Jangankan hendak buat dosa besar, dosa kecil pun dia benci. Jangankan dosa kecil, perkara yang makruh dan syubahah pun dia akan tinggalkan. Tak seperti kita, yang mengaku pejuang Islam. Tapi dosa kecil yang berlaku, kita usahakan cari alasan untuk menghalalkannya.
Ibadah orang ditahap iman ayyan meresap jauh ke lubuk hati. Dia sentiasa merasai kebesaran Allah. Sentiasa merasai diawasi oleh Allah, sehingga dia sering menghisab dosa-dosa yang dilakukannya dan sering bertaubat. Dia sentiasa merasa diri dia berdosa. Sebab rasa diri berdosa itu adalah rasa kehambaan. Sebagai hamba , memang sewajarnya kita merasakan diri berdosa agar kita tidak berani melakukan sebarang dosa. Di zaman kita sekrang dah lain. Orang lebih suka mengurangkan rasa berdosa, bukannya mengurangkan dosa. Sepatutnya kita kurangkan dosa, bukannya kurangkan rasa berdosa. Jadi orang di tahap iman ayyan, dia akan sentiasa menyucikan dirinya dengan taubat dan menghindarkan perkara-perkara yang mengundang daki dosa dari terpalit di hati mereka.
Untuk mencapai iman ayyan, seseorang yang ditahap iman ilmu perlulah :
1. Beramal dengan ilmu Fardhu Ain yang dimiliki
2. Banyakkan ibadah sunat
3. Banyakkan zikir dan munajat
4. Banyakkan bertafakur tentang kebesaran Allah melalui makhluk ciptaan Allah
5. Bermujahadah melawan nafsu. Ini akan saya huraikan apabila kita membahaskan tentang tingkatan nafsu dalam usaha kita mengenal diri.
Jadi saudara dan saudari sekelian. Inilah secara ringkas huraian berkenaan mengenali tahap keimanan yang ada pada diri kita. Marilah kita suluh dan hisab diri kita. Berdasarkan sifat-sifat yang dihuraikan tadi, di tahap manakah kita berada. Seandainya kita berada di tahap iman taqlid, maka berusahalah untuk menimba ilmu agar kita mencapai tahap iman ilmu. Seandainya lita berada di tahap iman ilmu, berusahalah kita untuk mencapai tahap iman ayyan kerana hanya iman ayyan sahaja yang boleh menyelamatkan kita dari menjadi bahan bakaran api neraka di akhirat kelak

Tuesday, October 20, 2009

Rahsia Memimpin Wanita


Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah swt, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin. Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat. Bahasa samada dalam lisan atau tulisan adalah alat bagi membangkitkan rasa bagi setiap perasaan di dalam dada wanita. Dalam memimpin kaum wanita, kaum lelaki hendaklah cekap menggunakan daya fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang petah supaya tercetus apa sahaja perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan. Sekiranya lelaki inginkan perasaan kasih dan sayang berbunga dalam dada mereka, maka bawalah cerita-cerita kasih mesra dengan kata-kata hukamak (hikmah) mengenai kasih sayang. Sekiranya lelaki mahu perasaan rindu bertapak di hati mereka, maka bawalah kisah-kisah rindu dengan kata-kata yang berunsur kerinduan. Jikalau hendak membangkitkan rasa marah mereka, itu amatlah mudah kerana semua orang tahu caranya. Dalam membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki tahu dan mempunyai daya kekuatan yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka. Disinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. Mereka dapat menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt. Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala- galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka. Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, karena mereka diciptakan begitu rupa dari bahagian tubuh lelaki. Didiklah mereka dengan panduan dariNya:

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR, JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK .

Suburkanlah kebaikan karena dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah kasih sayang Allah, karena rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki berwajah: negarawan, karyawan, jutawan, hartawan, dan wan-wan lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan .

LEBIH BANYAK LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak boss telah kehilangan setiausaha, bahkan anakpun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan diri. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADA-NYA, jinakan diri dengan Allah, niscaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan anda.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH SAW, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI

4 Perkara Sebelum Tidur


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkautidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :


1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meridhloi kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh..."


Bertanya Aisyah :" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4perkara seketika.?


"Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kaumengkhatamkan Al Qur'an."
"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kamisemua akan memberi syafaat dihari kiamat "
"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhloikamu."
"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir makaseakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."